Privasi

Notis privasi

Laman ini milik Aiman Malib, pengasas Sasa Teguh. Notis ini menerangkan apa yang laman ini kumpul semasa anda melawat.

Kami mengira lawatan dengan Umami di pelayan kami sendiri. Umami tidak memasang kuki dan tidak mengenal pasti anda. Yang direkod: halaman dibuka, laman perujuk, negara, dan jenis peranti serta pelayar. Pelayar yang menghantar Do Not Track tidak dikira.

Borang di halaman Hubungi menyimpan apa yang anda isi: nama, cara menghubungi anda, syarikat jika diisi, perkara yang dipilih dan mesej, bersama halaman tempat borang dihantar. Butiran ini dipakai untuk membalas anda sahaja.

Kami tidak menjual atau berkongsi data ini. Kiraan lawatan dipakai untuk mengetahui halaman mana yang berguna.

Soalan tentang privasi: hello [at] sasateguh.com.